Monday, 14 November 2016

IKAN TONGKOL MASAK SINGGANG

Harini, saya akan mengajarkan kamu semua pembaca resepi turun temurun daripada Terengganu iaitu ikan tongkol masak singgang. Anda boleh mencubanya di rumah dengan bahan-bahan yang sangat mudah untuk didapati. Resepi ini sangat sesuai dimasak seisi keluarga dari kanak-kanak sehingga orang tua. Jom kita mulakan!

Bahan-bahan utama:
-Ikan tongkol(mengikut kuantiti)
-5 ulas bawang putih (dihiris)
-1cm kunyit hidup (dihiris)
-1cm lengkuas (dihiris)
-3 keping asam gelugor
-3 biji cili padi (boleh tambah jika ingin lebih pedas)
-penambah perisa
-1 jug air
-garam kasar secukup rasa


Cara-cara menyediakannya:
1) Masukkan 1 jug air ke dalam periuk yang sesuai. Rebuskan ikan tongkol dan biarkan ia mendidih dan masak.
2) Kemudian masukkan kunyit hidup, lengkuas, asam gelugor,bawang putih dan cili padi. Biarkan 2-3 minit.
3) Masukkan penambah perisa dan garam secukup rasa. kacau.
4) Apabila masak, letakkan ke dalam mangkuk dan dihidangkan dengan nasi putih.

selamat mencuba!

5 comments:

  1. Wahhh kegemaran keluarga saya ni.. Thanks for the sharing..

    ReplyDelete
  2. X pernah cuba lagi masakan ini..lepas ni kena cuba

    ReplyDelete
  3. Thank 4 resipi admin๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜

    ReplyDelete
  4. Sup Paling sedap nii..Rindu Mak masak la..=3

    ReplyDelete