Monday, 14 November 2016

AYAM MASAK KICAP BLACK PEPPER

Bertemu lagi! Apa resepi masakan anda harini? jom saya kongsikan resepi ayam masak kicap black pepper yang sangat sedap dan mudah untuk disediakan.

Bahan-bahan yang diperlukan;

3 ketul ayam (yang telah dimasak rebus)
bawang merah (dikisar)
4 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 cm halia
3 camca besar sos lada hitam 
5 sudu besar kicap manis
4 sudu besar sos cili1/2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
stok ikan bilis
3-4 batang serai
Lada merah dan lada hijau
Minyak masak untuk menumis

Cara-cara menyediakannya: 


1) Masukkan minyak panas dan tumiskan bawang merah yang telah dikisar bersama dengan bawang putih sehingga naik bau.
2) masukkan serai yang telah ditumbuk separuh.
3) Campurkan kicap manis, sos cili dan sos lada hitam dalam satu mangkuk dan letakkan ke dalam bahan-bahan yang telah ditumiskan tadi. kacau sehingga rata.
4) Masukkan ayam yang telah siap direbus bersama 1/2 cawan air rebusan ayam tadi.
5) masukkan stok ikan bilis, gula dan garam secukup rasa. Gaulkan.
6) Masukkan lada merah dan hijau yang telah potong runcing.
7) Ayam masak kicap Black pepper anda telah siap untuk dihidangkan.

contoh ayam masak kicap black pepper. Anda boleh mencubanya dengan resepi anda sendiri di rumah. SELAMAT MENCUBA!

IKAN TONGKOL MASAK SINGGANG

Harini, saya akan mengajarkan kamu semua pembaca resepi turun temurun daripada Terengganu iaitu ikan tongkol masak singgang. Anda boleh mencubanya di rumah dengan bahan-bahan yang sangat mudah untuk didapati. Resepi ini sangat sesuai dimasak seisi keluarga dari kanak-kanak sehingga orang tua. Jom kita mulakan!

Bahan-bahan utama:
-Ikan tongkol(mengikut kuantiti)
-5 ulas bawang putih (dihiris)
-1cm kunyit hidup (dihiris)
-1cm lengkuas (dihiris)
-3 keping asam gelugor
-3 biji cili padi (boleh tambah jika ingin lebih pedas)
-penambah perisa
-1 jug air
-garam kasar secukup rasa


Cara-cara menyediakannya:
1) Masukkan 1 jug air ke dalam periuk yang sesuai. Rebuskan ikan tongkol dan biarkan ia mendidih dan masak.
2) Kemudian masukkan kunyit hidup, lengkuas, asam gelugor,bawang putih dan cili padi. Biarkan 2-3 minit.
3) Masukkan penambah perisa dan garam secukup rasa. kacau.
4) Apabila masak, letakkan ke dalam mangkuk dan dihidangkan dengan nasi putih.

selamat mencuba!

Sunday, 13 November 2016

RESEPI NASI GORENG PATTAYA

Hai, salam sejahtera semua. hari ini saya akan tunjukkan bagaimana cara-cara untuk membuat menu atau hidangan yang sangat ringkas dan mudah. Resepi ini bukan sahaja mudah untuk dilakukan tetapi ia sangat sedap dan mengenyangkan. jom saya tunjukkan bahan-bahan yang perlu disediakan dan cara-cara untuk memasak untuk satu hidangan!


Bahan-Bahan A:
-5 ulas bawang putih(dipotong halus)
-4 camca besar bawang merah(dikisar)
-2 camca besar cili boh


Bahan-bahan B:
-2 biji telur ayam Gred B
-1 cawan nasi yang telah ditanak
-ikan bilis mengikut kuantiti nasi
-sayur campur
-3 biji cili padi
-ayam (dipotong dadu)
-kicap masin
-serbuk lada hitam
-garam
-gula
-penambah perisa

Bahan-bahan sampingan:
-sos cili/tomato
-daun bawang
-bawang goreng

Cara untuk menyediakan:
1)panaskan minyak ke dalam kuali.
2)goreng ikan bilis yang telah dibasuh sehingga masak keemasan.
3)masukkan bahan-bahan A. Tumiskan.
4)Setelah naik bau, masukkan kicap masin dan masukkan ayam. Tunggu sehingga ayam tersebut masak. 
5) masukkan 1 cawan nasi dan gaulkan sehingga warnanya menjadi rata.
6) gaulkan sekali dengan sayur campur, cili padi dan serbuk lada hitam.
7) Masukkan penambah perisa, garam dan gula secukup rasa.
8) Setelah nasi tersebut masak, letakkan nasi tersebut ke dalam pinggan yang tersedia dan taburkan bawang goreng diatasnya.
9) Seterusnya, pecahkan telur didalam minyak yang telah dipanaskan dan sebarkannya.
10) Setelah masak, letakkan telur tersebut melitupi nasi goreng.
11) Letakkan sos di atas telur tersebut dan taburkan daun bawang diatasnya.

Nasi goreng pattaya yang telah siap dihidangkan.
Hidangan tersebut siap dihidangkan dan boleh dimakan untuk seorang. Mudah bukan? Selamat mencuba. Semoga berjaya.